Wednesday 30 April 2014

Kenali Sultan Muhammad Al-Fateh


Sabda Nabi Muhammad saw ketika menggali parit untuk perang khandaq : "Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera." (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

KENAPA SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA?

Alkisah bermula pada kali pertama solat jumaat didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak untuk menjadi imam. Lalu baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya "SIAPA DI ANTARA KITA SEJAK BALIGH HINGGA SEKARANG PERNAH MENINGGALKAN SOLAT FARDHU WALAU SEKALI, SILA DUDUK! tiada sorang pun yang duduk sebab takda sorang pun di antara mereka yang tinggal solat.
Baginda tanya lagi, "SIAPA DI ANTARA KITA SEJAK BALIGH HINGGA SEKARANG PERNAH MENINGGALKAN SOLAT SUNAT RAWATIB, SILA DUDUK! sebahagian daripada tenteranya duduk.
kemudian baginda tanya lagi, "SIAPA DI ANTARA KITA SEJAK BALIGH HINGGA SEKARANG PERNAH MENINGGALKAN SOLAT TAHAJJUD WALAU SATU MALAM, SILA DUDUK!" kali ni semua duduk kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh. Baginda tidak pernah tinggal solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda adalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya.


BIODATA RINGKAS

Nama                            : Sultan Muhammad II Al-Fateh ("Al-Fath" sempena kejayaan
                                      pembukaan konstantinople        
Empayar                       : Turki Uthmaniyyah
Tarikh Lahir                  : 29 Mac 1432 di Adrianapolis (sempadan Turki-Bulgaria)
Tarikh Mangkat            : 3 Mei 1481                         
Naik Takhta                  : umur 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun
Pengalaman Memimpin  : Dilantik sebagai khalifah pada umur 12 tahun ketika ayah
                                     baginda bertugas di luar
Guru Bidang Agama      : Syeikh Shamsuddin Al-Wali (dikatakan keturunan Saidina Abu
                                     Bakar)
Guru Bidang Perang      : Panglima-panglima tentera (diajar memanah, tunggang kuda
                                     dan taktik perang)
Penguasaan Bahasa       : Fasih dalam 7 bahasa (Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia,
                                     Turki, Parsi dan Hebrew)
Target                          : Menzahirkan kata-kata nabi dengan membebaskan
                                     Kota Konstantinopel dari Empayar Byzantin

Rahsia Kemenangan :
1. Persiapan awal dengan mengkaji pelan kota konstatinople setiap malam dan sebab
    -sebab kegagalan pemimpin terdahulu
2. Membina meriam besar yang boleh menembak sejauh 1 batu
3. Membawa para ulama dan pakar motivasi untuk membakar semangat jihad
    tenteranya.

Masalah yang dihadapi :
1. Kota tersebut dihujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luar rosak
    tetapi dinding tengah masih teguh
2. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang
    kemaraan kapal-kapal perang

Strategi :
1. Mengangkut kapal-kapal perang ke atas gunung dan diluncurkan semula ke perairan
    Teluk Golden Horn
2. Kapal-kapal perang habis terbakar kerana tembakan meriam Uthmaniyyah
3. Apabila pertahanan Byzantin lemah, baginda amek kesempatan beri semangat
    pada malamnya kepada jihad tentera tentang hadis nabi dan banyakkan berdoa
    pada Allah
4. Keesokkannya, tentera baginda memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan
    cuba robohkannya mengguna lastik besar

Penawanan Konstantinople:
1. Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah
    menghilangkan keyakinan tentara baginda, pada saat genting baginda berucap
    menaikkan semangat "WAHAI TENTERAKU, AKU BERSEDIA UNTUK
    MATI DI JALAN ALLAH, SESIAPA YANG MAHU SYAHID,
    IKUTLAH AKU!"
2. Hasan Ulubate,salah seorang tentera baginda mengetuai sekumpulan kecil 30
    tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas
    memacakkan bendera islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid dihujani
    anak panah musuh.
3. Tentera-tentera islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan
    Byzantin sambil melaungkan kalimah ALLAHU AKBAR!
4. Pada 29 Mei 1453, kota Konstantinople jatuh ke tangan Islam.
5. Baginda menukar nama Konstantinople ke Islambul (Islam Keseluruhan)
6. Gereja besar St Sophies ditukar kepada masjid Aya Sofiya
7. Baginda dengan tawaduknya malakukan sujud syukur

sedutan dari filem "Fetih 1453"



Monday 28 April 2014

FAREWELL KIPSAS !

WEEEEEEEEEEEEEEEEEEeeee ~
WEEEEEEeeeeeeeeeeeeeee !
WeeEEEEEEEEEEEE~
cewaahhh happy sakan nampak?
haruslah ~ org da habes diploma la katekan ~
alhamdulillah... setelah sekian 3 tahun menunggu dengan banyak ujian serta rintangan yang bertubi tubi mendatang akhirnya berjaya juga menamatkan pengajian diploma ku di bumi kipsas ini dengan jayanya, terima kasih buat ibu bapa, pensyarah pensyarah, perpustakaan, para sahabat dan meow meow di rumah kerana banyak memberi sokongan, bantuan, dorongan, semangat, doa dan baaaaanyak lagi hikhikhik *da macam ayat penghargaan tesis =P*

last paper yang ditunggu tunggu dengan debarnya untuk tidak sabar sabar mengangkut segala barang yang mengganang di bilik untuk dibawa pulang ke rumah hohoho jangan jeles wahai adik adik junior! *walaupun time tu ramai yang dah balik T.T* 
bila da nak balik rasa sedih pulak.. sedih tu sedih jugak but life must go on.. adat dalam dunia.. setiap pertemuan pasti ade perpisahan.. next journey maybe kerja dulu, in sya Allah.. kalau ada rezeki sambung degree, ameen ! doa doa kan saya dapat ukm la ye?  heee *dekat dgn rumah boleh balik setiap minggu :P* ^^v

oh well.. ni gambar yang sempat amek dalam kereta =)


pelbagai sweet and sour selama belajar di sini
*tacing tacing*


Sunday 2 February 2014

Jom Ikut Nabi Kita :D


Assalamualaikum wbt.. alhamdulillah.. dapat juga update untuk share ilmu pada entry kali ni, walaupun ilmu takde la banyak mana tapi In Syaa Allah bermanfaat hee.. memandangkan aku ni sangat sangattttt la jarang update jadi aku update sekali banyak terus hoho.. pada malam jumaat 30/1 yg lepas iaitu pada malam CNY, kat kipsas ada satu program ceramah tajuk Ahli Sunnah Waljamaah.. mule mule rasa macam malas je nak pegi sebab aku ni bukannye jenis kaki program pun.. tpi bile pikir pikir balik.. kat bilik pun takde benda nak buat, apa salahnya join kan? hihi.. first impression aku rasa ceramahnye macam tak best je.. mcm boring pun hado.. mana taknye sbb diorang buatnya time malam cuti.. org balik kampung lahai.. yg datang pun boleh dikira dgn jari.. itu yg menyedihkan sikit, tpi jemputan die mmg kedebabom la! salah seorang dari diorang ialah seorang Prof Dr Perubatan, katenye baru balik Malaysia hujung tahun lepas dan dah duduk kat oversea dekat 32 tahun.. ok.. kat situ aku agak terpegun hihi apa yang best tentang ceramah ini ialah diorang nak sampaikan tentang pemakanan amalan sunnah yang semakin dihiraukan oleh golongan masyarakat kita pada masa kini dan sejak dahulu lagi lahh.. terdapat 4 slot kesemuanya.. slot pertama disampaikan oleh Prof Dr Nana Fazil Bin Omar.. beliau dah amek 2 kali Ph.D ok dan aku ni baru je terhegeh hegeh nak amek diploma.. memang nampak sangat kekecilan diri disitu.. apa yg tertarik aku kat Prof ni ialah beliau kata selama ni beliau selalu bagi “Talk” dekat bakal bakal doktor or dekat orang orang yg hebat la, tpi kali ni beliau rasa kelainan sbb bagi “Talk” kat budak budak macam aku ni hik3 ceramah dia banyak sentuh pasal kecerdasan minda.. sbb dia seorang doktor pakar saraf.. pengkaji dan semua la yg hebat hebat kat dia haha first sekali die cerita mengenai 10 faktor yg melemahkan otak :-
1.    Kekurangan minum air
Badan kita ni terbina dengan air.. kalau kurang air, oksigen pun kurang la nak sampai ke otak.. tu asyik lesu je dalam kelas! :D
2.   Terlebih makan
Beliau tak galakkan makan banyak nasi sebab nasi ni mengantokkan.. mmg tak dapat dinafikan sbb aku lps makan nasi je kalau boleh nak terus landing tak nak pegi kelas hoho.. Beliau juga menggalakkan makan gandum dari makan nasi sbb gandum makanan sunnah kan, cara makan pulak dia ajar supaya pagi makan roti, tgh hari makan la nasik sikit sbb kite org melayu tak boleh la tak makan nasi kan? :D, dinner makan roti balik.. di samping tu ni cara diet sihat uolls :D
3.      Berlebihan gula
Ini aku tak nak tulis panjang2.. uolls mesti faham sendiri kan
4.      Pencemaran udara
Ini mmg tak dapat nak dielakkan sbb kalau duduk kat bandar pencemaran itu biasa.. sbb tu kite kene banyak minum air masak.. bila banyak minum air.. segala toksik dalam badan keluarlah melalui pembuangan kumbahan..
5.      Menutup muka semasa tidur
Ini kadang-kadang aku buat sebab aku tidur kat katil atas jadi nak mengelakkan silau aku tutup muka.. lepas ni tak nak buat lagi dah sebab boleh merosakkan saraf dan otak boleh jadi lembab T.T
6.      Otak bekerja semasa sakit
Dah tengah sakit better pergi tidur jangan pakse ok!
7.      Kurang berimaginasi
Bukan imaginasi yg nak kawin 4.. nak kereta mewah.. duduk rumah besar.. nak kawin dengan putera raja heyyy nonononono! bukan imaginasi yg itu ok.. tapi imaginasi yang dimaksudkan ialah bila kite nak kan sesuatu kita usaha bagaimana nak dapatkannya.. itu baru betul :D bukan sekadar berangan saja ya.
8.   Stress
Beliau cakap statistik migrain wanita lebih tinggi dari lelaki.. wanita lebih banyak mengalami strok juga.. banyak banyak stress ni  boleh melemahkan otak, jadi.. cara nak tangani stress, isi la fikiran kita ni dengan zikir zikir Allah dan banyakkan baca al-Quran.. in Syaa Allah ok!
Faktor 9 dan 10 aku tak sempat nak salin sebab aku bukan superman  T.T

Lepas tu pulak beliau ajar mengenai makanan yang mencerdaskan minda dalam amalan islam:-
1.      Madu
Bab ni yang aku nak tau actually macam mana nak kenal madu asli dgn tiruan sebab kat pasaraya itu aku tak percaya langsung! Haha tpi beliau kesuntukan masa dan beliau tak sempat nak bagitau and beliau suruh tentukan date untuk next session T.T Ape yg aku tau madu yg disebut dalam al-Quran adalah kuning keemasan
2.      Habatussauda
Jintan hitam sgt baik dalam apa2 penyembuhan untuk apa apa jenis penyakit sbb ada hadis nabi yang menyatakan habatussauda dpt menyembuhkan apa apa penyakit kecuali mati
3.      Kurma
Persepsi org melayu bila cakap pasal kurma hanya ingat pada bulan ramadhan saje.. yaa persepsi itu tepat sekali sebab aku makan kurma bile time puasa! hik3.. persepsi ini sepatutnya dibuang la sebab kurma bukan dimakan time puasa je.. tpi pada bila bila masa sebab bnyk khasiatnya dan kurma yang paling baik dimakan ialah kurma ajwaf.. ia adalah salah satu kurma fevret nabi kita (: beliau cerita lagi buah kurma ni kalau makan boleh tahan selama 1 hari sebab kurma ni beri banyak tenaga dan banyak la khasiat lain.. search la sendiri aku tak sempat nak salin apa dia cakap hihi
4.      Buah tin
Buah tin ni kalau makan dapat mencantikkan, melembutkan kulit serta hati sebab tu buah tin ini ada disebut dalam al-Quran :’D and bermacam macam lagi la khasiatnya
5.      Kismis
Cara pemakanan kismis ialah 7 biji pada waktu pagi, 7 biji tengah hari dan 7 biji malam (1 jam sebelum tido)
6.      Badam dan buah delima
Ini dapat menguatkan saraf minda

seterusnya minuman yang mencerdaskan minda :-
1.     Air zam zam
2.      Air zafran
Beliau cerita masa beliau buat kajian dekat Israil.. beliau kata anak anak orang yahudi ni diorng titiskan air zafran kat mulut anak diorang.. no wonders la why orang yahudi ni cerdik cerdik belaka
3.     Susu kambing
4.     Air suam yang dicampur dengan limau/cuka kurma

Ok… actually makanan sunnah ni beliau kata elok dimakan mentah mentah sebab kalau dimasukkan dalam masakan dia tak menjadi sebab khasiat dia hilang.. lagi dia cerita pasal orang zaman sekarang kalau sakit kepala je makan panadol.. sakit perut sakit pinggang sakit hati je makan penadol.. ini mmg tak dinafikan kalau kerap makan panadol tak elok untuk buah pinggang dan boleh rosak! beliau cakap juga yang buat ubat ni bukannya orang yahudi tapi orang syiah.. beliau juga seorang bapa yang zalim ok.. kenapa? sbbnya ialah beliau tak pernah ajar anak anak dia olls makan KFC McD dan sebagainyalah (: tak heran la dia seorang PROFESSOR! tehee Beliau cerita lagi banyak makan kepala ikan ni boleh jadi bute alam iaitu kaki penipu dan masa beliau duduk kat Boston, Israil and etc kepala ikan ni mereka buang. Beliau juga melarang makan organ dalaman sebab organ dalaman ni benda kotor sebab tu hati tak bersih dan ada segala hasad dengki, iri hati semua.. nasib baik laaa aku tak suke hihi.. beliau ada cakap yang saintis barat ni ada yang jahat jahat.. diorang kata jus soya ni boleh mencerdaskan minda, padahal soya ni kalau minum kerap boleh dapat barah otak.. apedehallll ! isu ni dulu aku ade la juga terbaca, tapi aku kurang yakin sebab mana la tau orang nak sabotaj soya ke apa.. rupenya rupenya betul huhu so kenapa kita nak ikut dengar cakap orang orang barat ? al-Quran kan dah terang-terang beritahu makanan yang baik untuk diamalkan.. cehh padahal aku dulu dengar je orang barat cakap hik3 beliau cerita lagi tentang rumpai laut ni sebenarnya tak elok makan berlebihan sebab boleh dapat breast cancer dan kalau letak kat muka pulak boleh jadi cancer huhu sebenarnya sebelum Allah menciptakan manusia, Allah telah menciptakan penawar dahulu.. jadi sepatutnya kita ikutlah cara pemakanan nabi.. itu la yang lebih baik untuk menjamin kesihatan.. beliau sedih sebenarnya sebab masyarakat sekarang tak yakin dengan makanan sunnah nabi dan lebih percaya benda yang tak disebut dalam al-Quran jadi beliau ajar supaya meletakkan keyakinan terhadap al-Quran dan sunnah sunnah nabi kita dan lihat juga pada cara hidup nabi.. kan nabi kita sentiasa sihat gagah tampan segak bijak hee jadi kenapa perlu kita tak yakin? beliau juga ada ajar cara urutan nak hilangkan migrain, sinus (resdung), awet muda dan sebagainya :D slot ni menjadi fevret semua student sebab ramai student beri respon yg baik dengan bertanyakan berjuta soalan.

Seterusnya slot mengenai kehebatan Salahuddin Al-Ayubi.. pencemarah die seorang ustaz yang aku tak tahu nama dia sapa.. beliau cerita bahawa beliau sangat sedih dengan umat islam zaman sekarang yang sekarang ini banyak melaungkan Islam tapi tak tahu makna Islam sebenar.. agak terasa juga sebab aku ni tergolong dalam golongan tu huhu beliau menceritakan bahawa perjuangan akidahlah yang sepatotnya menjadi yang pertama untuk diperjuangkan kerana sebagai contoh sebelum Imam Syafie memahami ilmu fiqh imam syafie telah memahami ilmu akidah dulu. Ini adalah rahsia kejayaan yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw.. dengan mahabbah Rasulillah telah menguatkan semangat tentera Salahuddin Al-Ayubi sehingga dapat membebaskan Baitul Maqdis. Aku tak berapa jelas sangat dengan sejarah Salahuddin Al-Ayubi sebab aku baru je nak berjinak jinak mendalami dan menghayati ilmu sejarah nabi dan para sahabat.. tapi yang pastinya Salahuddin Al-Ayubi seorang panglima tentera yang sangat digeruni.. Allahuakbar!

Slot ke 3 disampai oleh ustaz lain yang pun aku tau tahu nama beliau hihi.. beliau cerita tentang makna akidah. Time ni aku da tersungguk nak tidur sbb dah pukul 11 lebih.. memang dah time aku berlayar (tido) huhu tapi aku menguatkan diri nak dengar juga apa yang beliau sampaikan.. apa yang sempat  aku tulis dia cerita mengenai akidah ni ada 3 tahap iaitu zon, syak dan waswaham.. iaitu zon ialah keyakinan yang kuat, syak ialah keyakinan yang sama kuat dengan keraguan like 50-50, dan waswaham ni keraguan melebihi keyakinan.. ada banyak lagi dia cerita tapi aku dah krohkrohkroh dengar mcm tak dengar je.. setannya da tutup telinga X) bila da habes saja slot ke 3 tiba tiba aku tersentap dan terpegun.. eh? Kenapa pulak tetibe? Hihi.. actually aku terpegun dan tergamam dengan keindahan alunan lagu bacaan al-Quran yang dibaca oleh seorang abang ni.. aku ingatkan dia ni budak kipsas sebab mukanya macam BUDAK tapi berpakaian kot ok.. segak dan tampan sangat :P *birahdahkeluar* mukenye suci.. maybe die seorang tahfiz dulu.. dari aku ngantok gile terus segar bugar berbunga bunga bile dengar dia baca al-Quran.. bacaan dia memang rasa terus menusuk ke hati.. da lama tak dengar orang ngaji berlagu sesedap ni hee dalam dewan semuanya tergamam c: aihhh melting la :P




note : salah dan silap harap dapat dimaafkan dan dapat diperbetulkan sebab aku bukannya cekap sangat dalam menulis (:
note 2 : actually nak share rakaman audio ngaji berlagu tu..  tapi tak dapat nak masuk.. maybe audio tak boleh huhu T.T *sedihtakdapatnakshare* :(
note 3 : first in history aku taip panjang lebar macam ni hee selamat membaca readers

Have A Happy And Blessed Day.. Assalamualaikum C:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A