Suatu hari Nabi Sulaiman a.s bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebiji gandum.
Lalu Nabi Sulaiman a.s memasukkan semut tersebut di dalam satu botol dengan diletakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.
Cukup tempoh setahun, mulut botol itupun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habes dimakan oleh semut tersebut.
Nabi Sulaiman a.s bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji gandum?
Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu.
Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman a.s) dia mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keprihatinan manusia. Mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan terjadi kepadanya?
moral of the story : jangan sesekali bergantung kepada sesama makhluk dalam soal rezeki. Bergantunglah kepada Allah.. wallahu a'lam :D
Thursday, 5 December 2013
Tuesday, 3 December 2013
Tentang Cinta
Ketika Nabi Adam a.s melihat sepasang burung yang bercinta, timbullah perasaan cinta dalam hati baginda. Lalu Allah SWT menciptakan Siti Hawa a.s untuk melengkapkan perasaan tersebut. Malangnya disebabkan cinta kepada makanan (buah khuldi) dalam taman larangan menjadi lambang nafsu disebabkan kehidupan duniawi yang menyebabkan baginda dicampakkan ke dunia.
Dan cinta juga menaikkan semangat Nabi Adam a.s untuk menyeberangi Titian Adam daripada puncak pergunungan Sri Lanka ke benua kecil di India. Lantas baginda mengharungi hutan belantara, gunung-gunang, menapak di padang pasir dan merentas benua.
Kesusahan ini melambangkan pengorbanan cinta semata-mata untuk bertemu kekasihnya Siti Hawa di padang Arafah. Sedangkan Siti Hawa cuma berkorban kesusahan penderitaan perjalanan dari Jeddah (Siti Hawa turun dari Syurga) ke padang Arafah. Padang Arafah merupakan simbol penyatuan umat seluruh dunia. Di situ jugalah Rasulullah SAW menyampaikan khutbatul wida' (khutbah terakhir sebelum wafat).
cinta bertemu di padang Arafah. Kecintaan kepada Allah berhimpun di padang Arafah dan Rasulullah menyimpulkan kecintaan baginda kepada umatnya juga di padang Arafah.
Friday, 29 November 2013
Kenapa perlu segan? JOM BERHIJRAH !
Ayah awak Ustaz ke?
Tak.
Mak awak Ustazah ke?
Tak.
Ada tak abang/kakak awak Ustaz/Ustazah?
Tak.
Oo ni mesti boifren awak Ustaz kan !
Tak jugak.
Atau pun awak ada kengkawan yang Ustaz atau Ustazah?
Em tak jugak.
Err maybe awak ni bekas student sekolah agama kan !
Hmm tak pun.
Habis tu? kenapa awak pakai tudung labuh? Kenapa awak pakai baju longgar-longgar? Besar-besar? Pakai sarung kaki, pakai handsock bagai semua ni? Siapa yang suruh? Tak rasa panas ke? Tak rasa macam kolot ke?
Oo saya pakai macam ni sebab Allah yang suruh. Lagipun, saya taknak lah disebabkan saya Ayah saya ditarik sekali masuk ke neraka sebab saya tak tutup aurat. Boifren saya pulak nanti bila dah jadi suami saya, tak payah la susah payah nak tegur saya tentang aurat, senang keje dia nanti. Lepas tu, saya pakai macam ni pun sebab saya rasa selamat dari pandangan mata-mata lelaki jahat, dapat lah saya simpan untuk tantapan suami saya nanti. Itsokey, panas kat dunia ni apa lah sangat berbanding panas kat akhirat nanti kan. Setitik peluh yang keluar sebab menutup aurat dikira sebagai pahala jugak. Saya tak kisah pun kalau orang nak pandang saya ni kolot ke apa asalkan saya ni tak kolot di pandangan Allah. (:
#copyandpaste

Subscribe to:
Posts (Atom)