Sabda Nabi Muhammad saw ketika menggali parit untuk perang khandaq : "Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera." (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
KENAPA SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA?
Alkisah bermula pada kali pertama solat jumaat didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak untuk menjadi imam. Lalu baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya "SIAPA DI ANTARA KITA SEJAK BALIGH HINGGA SEKARANG PERNAH MENINGGALKAN SOLAT FARDHU WALAU SEKALI, SILA DUDUK! tiada sorang pun yang duduk sebab takda sorang pun di antara mereka yang tinggal solat.
Baginda tanya lagi, "SIAPA DI ANTARA KITA SEJAK BALIGH HINGGA SEKARANG PERNAH MENINGGALKAN SOLAT SUNAT RAWATIB, SILA DUDUK! sebahagian daripada tenteranya duduk.
kemudian baginda tanya lagi, "SIAPA DI ANTARA KITA SEJAK BALIGH HINGGA SEKARANG PERNAH MENINGGALKAN SOLAT TAHAJJUD WALAU SATU MALAM, SILA DUDUK!" kali ni semua duduk kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh. Baginda tidak pernah tinggal solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda adalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya.
BIODATA RINGKAS
Nama : Sultan Muhammad II Al-Fateh ("Al-Fath" sempena kejayaan
pembukaan konstantinople
Empayar : Turki Uthmaniyyah
Tarikh Lahir : 29 Mac 1432 di Adrianapolis (sempadan Turki-Bulgaria)
Tarikh Mangkat : 3 Mei 1481
Naik Takhta : umur 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun
Pengalaman Memimpin : Dilantik sebagai khalifah pada umur 12 tahun ketika ayah
baginda bertugas di luar
Guru Bidang Agama : Syeikh Shamsuddin Al-Wali (dikatakan keturunan Saidina Abu
Bakar)
Guru Bidang Perang : Panglima-panglima tentera (diajar memanah, tunggang kuda
dan taktik perang)
Penguasaan Bahasa : Fasih dalam 7 bahasa (Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia,
Turki, Parsi dan Hebrew)
Target : Menzahirkan kata-kata nabi dengan membebaskan
Kota Konstantinopel dari Empayar Byzantin
Rahsia Kemenangan :
1. Persiapan awal dengan mengkaji pelan kota konstatinople setiap malam dan sebab
-sebab kegagalan pemimpin terdahulu
2. Membina meriam besar yang boleh menembak sejauh 1 batu
3. Membawa para ulama dan pakar motivasi untuk membakar semangat jihad
tenteranya.
Masalah yang dihadapi :
1. Kota tersebut dihujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luar rosak
tetapi dinding tengah masih teguh
2. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang
kemaraan kapal-kapal perang
Strategi :
1. Mengangkut kapal-kapal perang ke atas gunung dan diluncurkan semula ke perairan
Teluk Golden Horn
2. Kapal-kapal perang habis terbakar kerana tembakan meriam Uthmaniyyah
3. Apabila pertahanan Byzantin lemah, baginda amek kesempatan beri semangat
pada malamnya kepada jihad tentera tentang hadis nabi dan banyakkan berdoa
pada Allah
4. Keesokkannya, tentera baginda memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan
cuba robohkannya mengguna lastik besar
Penawanan Konstantinople:
1. Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah
menghilangkan keyakinan tentara baginda, pada saat genting baginda berucap
menaikkan semangat "WAHAI TENTERAKU, AKU BERSEDIA UNTUK
MATI DI JALAN ALLAH, SESIAPA YANG MAHU SYAHID,
IKUTLAH AKU!"
2. Hasan Ulubate,salah seorang tentera baginda mengetuai sekumpulan kecil 30
tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas
memacakkan bendera islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid dihujani
anak panah musuh.
3. Tentera-tentera islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan
Byzantin sambil melaungkan kalimah ALLAHU AKBAR!
4. Pada 29 Mei 1453, kota Konstantinople jatuh ke tangan Islam.
5. Baginda menukar nama Konstantinople ke Islambul (Islam Keseluruhan)
6. Gereja besar St Sophies ditukar kepada masjid Aya Sofiya
7. Baginda dengan tawaduknya malakukan sujud syukur
sedutan dari filem "Fetih 1453"