Assalamualaikum wbt.. alhamdulillah.. dapat juga update untuk share ilmu pada entry kali ni, walaupun ilmu takde la banyak mana tapi In Syaa Allah bermanfaat hee.. memandangkan aku ni sangat sangattttt la jarang update jadi aku update sekali banyak terus hoho.. pada malam jumaat 30/1 yg lepas iaitu pada malam CNY, kat kipsas ada satu program ceramah tajuk Ahli Sunnah Waljamaah.. mule mule rasa macam malas je nak pegi sebab aku ni bukannye jenis kaki program pun.. tpi bile pikir pikir balik.. kat bilik pun takde benda nak buat, apa salahnya join kan? hihi.. first impression aku rasa ceramahnye macam tak best je.. mcm boring pun hado.. mana taknye sbb diorang buatnya time malam cuti.. org balik kampung lahai.. yg datang pun boleh dikira dgn jari.. itu yg menyedihkan sikit, tpi jemputan die mmg kedebabom la! salah seorang dari diorang ialah seorang Prof Dr Perubatan, katenye baru balik Malaysia hujung tahun lepas dan dah duduk kat oversea dekat 32 tahun.. ok.. kat situ aku agak terpegun hihi apa yang best tentang ceramah ini ialah diorang nak sampaikan tentang pemakanan amalan sunnah yang semakin dihiraukan oleh golongan masyarakat kita pada masa kini dan sejak dahulu lagi lahh.. terdapat 4 slot kesemuanya.. slot pertama disampaikan oleh Prof Dr Nana Fazil Bin Omar.. beliau dah amek 2 kali Ph.D ok dan aku ni baru je terhegeh hegeh nak amek diploma.. memang nampak sangat kekecilan diri disitu.. apa yg tertarik aku kat Prof ni ialah beliau kata selama ni beliau selalu bagi “Talk” dekat bakal bakal doktor or dekat orang orang yg hebat la, tpi kali ni beliau rasa kelainan sbb bagi “Talk” kat budak budak macam aku ni hik3 ceramah dia banyak sentuh pasal kecerdasan minda.. sbb dia seorang doktor pakar saraf.. pengkaji dan semua la yg hebat hebat kat dia haha first sekali die cerita mengenai 10 faktor yg melemahkan otak :-
1. Kekurangan minum air
Badan kita ni terbina dengan air.. kalau
kurang air, oksigen pun kurang la nak sampai ke otak.. tu asyik lesu je dalam
kelas! :D
2. Terlebih makan
Beliau tak galakkan makan banyak nasi sebab
nasi ni mengantokkan.. mmg tak dapat dinafikan sbb aku lps makan nasi je kalau
boleh nak terus landing tak nak pegi kelas hoho.. Beliau juga menggalakkan makan
gandum dari makan nasi sbb gandum makanan sunnah kan, cara makan pulak dia ajar
supaya pagi makan roti, tgh hari makan la nasik sikit sbb kite org melayu tak
boleh la tak makan nasi kan? :D, dinner makan roti balik.. di samping tu ni
cara diet sihat uolls :D
3. Berlebihan gula
Ini aku tak nak tulis panjang2.. uolls mesti
faham sendiri kan
4. Pencemaran udara
Ini mmg tak dapat nak dielakkan sbb kalau
duduk kat bandar pencemaran itu biasa.. sbb tu kite kene banyak minum air masak..
bila banyak minum air.. segala toksik dalam badan keluarlah melalui pembuangan
kumbahan..
5. Menutup muka semasa tidur
Ini kadang-kadang aku buat sebab aku tidur kat
katil atas jadi nak mengelakkan silau aku tutup muka.. lepas ni tak nak buat
lagi dah sebab boleh merosakkan saraf dan otak boleh jadi lembab T.T
6. Otak bekerja semasa
sakit
Dah tengah sakit better pergi tidur jangan
pakse ok!
7. Kurang berimaginasi
Bukan imaginasi yg nak kawin 4.. nak kereta
mewah.. duduk rumah besar.. nak kawin dengan putera raja heyyy nonononono!
bukan imaginasi yg itu ok.. tapi imaginasi yang dimaksudkan ialah bila kite nak
kan sesuatu kita usaha bagaimana nak dapatkannya.. itu baru betul :D bukan
sekadar berangan saja ya.
8. Stress
Beliau cakap statistik migrain wanita lebih
tinggi dari lelaki.. wanita lebih banyak mengalami strok juga.. banyak banyak stress ni boleh melemahkan otak, jadi.. cara nak
tangani stress, isi la fikiran kita ni dengan zikir zikir Allah dan banyakkan baca
al-Quran.. in Syaa Allah ok!
Faktor 9 dan 10 aku tak sempat nak salin sebab aku bukan
superman T.T
Lepas tu pulak beliau ajar mengenai makanan yang
mencerdaskan minda dalam amalan islam:-
1. Madu
Bab ni yang aku nak tau actually macam mana
nak kenal madu asli dgn tiruan sebab kat pasaraya itu aku tak percaya langsung!
Haha tpi beliau kesuntukan masa dan beliau tak sempat nak bagitau and beliau
suruh tentukan date untuk next session T.T Ape yg aku tau madu yg disebut dalam
al-Quran adalah kuning keemasan
2. Habatussauda
Jintan hitam sgt baik dalam apa2
penyembuhan untuk apa apa jenis penyakit sbb ada hadis nabi yang menyatakan habatussauda
dpt menyembuhkan apa apa penyakit kecuali mati
3. Kurma
Persepsi org melayu bila cakap pasal kurma hanya
ingat pada bulan ramadhan saje.. yaa persepsi itu tepat sekali sebab aku makan
kurma bile time puasa! hik3.. persepsi ini sepatutnya dibuang la sebab kurma
bukan dimakan time puasa je.. tpi pada bila bila masa sebab bnyk khasiatnya dan
kurma yang paling baik dimakan ialah kurma ajwaf.. ia adalah salah satu kurma
fevret nabi kita (: beliau cerita lagi buah kurma ni kalau makan boleh tahan
selama 1 hari sebab kurma ni beri banyak tenaga dan banyak la khasiat lain..
search la sendiri aku tak sempat nak salin apa dia cakap hihi
4. Buah tin
Buah tin ni kalau makan dapat mencantikkan, melembutkan
kulit serta hati sebab tu buah tin ini ada disebut dalam al-Quran :’D and
bermacam macam lagi la khasiatnya
5. Kismis
Cara pemakanan kismis ialah 7 biji pada
waktu pagi, 7 biji tengah hari dan 7 biji malam (1 jam sebelum tido)
6. Badam dan buah delima
Ini dapat menguatkan saraf minda
seterusnya minuman yang mencerdaskan minda :-
1. Air zam zam
2. Air zafran
Beliau cerita masa beliau buat kajian dekat
Israil.. beliau kata anak anak orang yahudi ni diorng titiskan air zafran kat
mulut anak diorang.. no wonders la why orang yahudi ni cerdik cerdik belaka
3. Susu kambing
4. Air suam yang dicampur
dengan limau/cuka kurma
Ok… actually makanan sunnah ni beliau kata elok dimakan
mentah mentah sebab kalau dimasukkan dalam masakan dia tak menjadi sebab khasiat dia
hilang.. lagi dia cerita pasal orang zaman sekarang kalau sakit kepala je makan
panadol.. sakit perut sakit pinggang sakit hati je makan penadol.. ini mmg tak dinafikan kalau
kerap makan panadol tak elok untuk buah pinggang dan boleh rosak! beliau cakap
juga yang buat ubat ni bukannya orang
yahudi tapi orang syiah.. beliau juga seorang bapa yang zalim ok.. kenapa? sbbnya ialah beliau tak pernah ajar anak anak dia olls makan KFC McD dan sebagainyalah (: tak heran la dia seorang PROFESSOR! tehee Beliau cerita lagi banyak makan kepala ikan ni boleh jadi
bute alam iaitu kaki penipu dan masa beliau duduk kat Boston, Israil and etc
kepala ikan ni mereka buang. Beliau juga melarang makan organ dalaman sebab
organ dalaman ni benda kotor sebab tu hati tak bersih dan ada segala hasad dengki, iri
hati semua.. nasib baik laaa aku tak suke hihi.. beliau ada cakap yang saintis
barat ni ada yang jahat jahat.. diorang kata jus soya ni boleh mencerdaskan
minda, padahal soya ni kalau minum kerap boleh dapat barah otak.. apedehallll ! isu ni dulu aku
ade la juga terbaca, tapi aku kurang yakin sebab mana la tau orang nak sabotaj soya ke apa.. rupenya rupenya betul huhu so kenapa kita nak ikut dengar cakap orang orang barat ? al-Quran
kan dah terang-terang beritahu makanan yang baik untuk diamalkan.. cehh padahal aku dulu dengar je orang barat cakap hik3 beliau cerita lagi tentang rumpai laut ni sebenarnya tak elok makan berlebihan sebab boleh dapat breast cancer dan kalau letak kat muka pulak boleh jadi cancer huhu sebenarnya sebelum
Allah menciptakan manusia, Allah telah menciptakan penawar dahulu.. jadi sepatutnya
kita ikutlah cara pemakanan nabi.. itu la yang lebih baik untuk menjamin
kesihatan.. beliau sedih sebenarnya sebab masyarakat sekarang tak yakin dengan makanan sunnah nabi dan lebih percaya benda yang tak disebut dalam al-Quran jadi beliau ajar supaya meletakkan keyakinan terhadap al-Quran dan sunnah sunnah nabi kita dan lihat juga pada cara hidup nabi.. kan nabi kita sentiasa sihat gagah tampan segak bijak hee jadi kenapa perlu kita tak yakin? beliau juga ada ajar cara urutan nak hilangkan migrain, sinus (resdung), awet muda dan sebagainya :D slot ni menjadi fevret semua student sebab ramai student beri
respon yg baik dengan bertanyakan berjuta soalan.
Seterusnya slot mengenai kehebatan Salahuddin Al-Ayubi..
pencemarah die seorang ustaz yang aku tak tahu nama dia sapa.. beliau cerita
bahawa beliau sangat sedih dengan umat islam zaman sekarang yang sekarang ini
banyak melaungkan Islam tapi tak tahu makna Islam sebenar.. agak terasa juga
sebab aku ni tergolong dalam golongan tu huhu beliau menceritakan bahawa
perjuangan akidahlah yang sepatotnya menjadi yang pertama untuk diperjuangkan kerana sebagai contoh sebelum Imam
Syafie memahami ilmu fiqh imam syafie telah memahami ilmu akidah dulu. Ini adalah
rahsia kejayaan yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw.. dengan mahabbah Rasulillah
telah menguatkan semangat tentera Salahuddin Al-Ayubi sehingga dapat membebaskan
Baitul Maqdis. Aku tak berapa jelas sangat dengan sejarah Salahuddin Al-Ayubi
sebab aku baru je nak berjinak jinak mendalami dan menghayati ilmu sejarah nabi
dan para sahabat.. tapi yang pastinya Salahuddin Al-Ayubi seorang panglima
tentera yang sangat digeruni.. Allahuakbar!
Slot ke 3 disampai oleh ustaz lain yang pun aku tau tahu
nama beliau hihi.. beliau cerita tentang makna akidah. Time ni aku da
tersungguk nak tidur sbb dah pukul 11 lebih.. memang dah time aku berlayar (tido) huhu
tapi aku menguatkan diri nak dengar juga apa yang beliau sampaikan.. apa yang
sempat aku tulis dia cerita mengenai akidah
ni ada 3 tahap iaitu zon, syak dan waswaham.. iaitu zon ialah keyakinan yang
kuat, syak ialah keyakinan yang sama kuat dengan keraguan like 50-50, dan
waswaham ni keraguan melebihi keyakinan.. ada banyak lagi dia cerita tapi aku
dah krohkrohkroh dengar mcm tak dengar je.. setannya da tutup telinga X)
bila da habes saja slot ke 3 tiba tiba aku tersentap dan terpegun.. eh? Kenapa pulak
tetibe? Hihi.. actually aku terpegun dan tergamam dengan keindahan alunan lagu
bacaan al-Quran yang dibaca oleh seorang abang ni.. aku ingatkan dia ni budak
kipsas sebab mukanya macam BUDAK tapi berpakaian kot ok.. segak dan tampan
sangat :P *birahdahkeluar* mukenye suci.. maybe die seorang tahfiz dulu.. dari
aku ngantok gile terus segar bugar berbunga bunga bile dengar dia baca al-Quran.. bacaan dia memang rasa terus menusuk ke hati.. da lama tak dengar orang ngaji berlagu sesedap ni hee dalam dewan
semuanya tergamam c: aihhh melting la :P
note : salah dan silap harap dapat dimaafkan dan dapat diperbetulkan sebab aku bukannya cekap sangat dalam menulis (:
note 2 : actually nak share rakaman audio ngaji berlagu tu.. tapi tak dapat nak masuk.. maybe audio tak boleh huhu T.T *sedihtakdapatnakshare* :(
note 3 : first in history aku taip panjang lebar macam ni hee selamat membaca readers
note : salah dan silap harap dapat dimaafkan dan dapat diperbetulkan sebab aku bukannya cekap sangat dalam menulis (:
note 2 : actually nak share rakaman audio ngaji berlagu tu.. tapi tak dapat nak masuk.. maybe audio tak boleh huhu T.T *sedihtakdapatnakshare* :(
note 3 : first in history aku taip panjang lebar macam ni hee selamat membaca readers
Have A Happy And Blessed Day.. Assalamualaikum C:
6 comments:
Alahai tengah kusyuk menyalin 10 faktor yg melemahkan otak, tetiba no9 dan 10 penulis x dpt catat, frust tekejut
Terima kasih di atas perkongsian ni dik.. :)
Assalamualaikum, terima kasih buat saudari Nur Dayini...
Semasa saya membuat carian nama Prof. Dr. Nana Fazil, ternyata laman blog saudari menduduki tempat teratas dan satu-satunya yang menuliskan nama beliau, dan saya merasa tertarik untuk membaca tulisan saudari.
Apa-apa pun, terima kasih di atas tulisan anda yang membuatkan saya membaca dari awal sampai habis. :)
Terima kasih untuk perkongsian info berharga ini, nak tnye macam mana nk join program Prof dr nana yang akan datang ?
Terima kasih banyak atas perkongsian ini amat berguna.
Terima kasih atas perkongsian..
Post a Comment
ce komen ce komen cikittt :3