Wednesday, 18 May 2011

Maafkanlah

                              

MAAFKANLAH
Seandainya diri kita ditipu orang …
Seandainya diri kita pernah dikhianati orang…
Seandainya diri kita pernah difitnah orang…
Seandainya diri kita pernah dihina orang…
Seandainya diri kita dizalimi orang...
Sakitnya hati hingga tidak bertegur sapa selama berhari-hari
berbulan-bulan… bahkan bertahun-tahun pun ada
Retak serta lukanya hati hingga berdendam
seluruh keturunan hingga generasi ke generasi
Bencinya hati hingga tidak mahu bertentang wajah
bahkan bayang-bayang pun tak mahu melihatnya
kerana dosanya terhadap kita terlalu pedih bila terkenang-kenang
'Alangkah nabi maafkan umatnya inikan pula kita
Itu nabi tapi aku hanya manusia biasa!'
satu pepatah yang sering terdengar
jika hati keras untuk tidak memaafkan orang

APA ALLAH KATA
Adakah engkau sudah berbuat baik
kepada orang yang berbuat JAHAT kepadamu?
Adakah engkau telah memaafkan
orang yang telah MENGANIAYAMU?
Adakah engkau telah menghubungkan silaturahim
kepada orang yang memutuskan hubungan denganmu?
Adakah engkau telah menginsafkan
orang yang telah MENKHIANATIMU?
Adakah engkau telah bercakap atau menegur 
orang yang telah MENGUSIRMU (tdk mahu menegurmu) ? 
Sesungguhnya
Aku tidak memandang kepada wajah kamu
dan tidak kepada kecantikan kamu 
akan tetapi Aku memandang kepada hati kamu
Aku suka jika kamu memiliki sifat-sifat tersebut
Sebahagian petikan hadis qudsi
Maka andainya ada manusia lain pernah berbuat dosa 
kepada diri kita lalu ia memohon maaf
Terimalah kemaafannya kerana kita hanyalah hamba yang tidak berupaya
sedangkan Allah itu lagi Maha PEMURAH dan Maha MENGASIHANI
maka layakkah seorang hamba berbuat demikian?
jika manusia itu tidak memohon maaf kepada kita 
maka cubalah ikhlas untuk memaafinya
kerana Allah itu lagi Maha PENGAMPUN
maka layakkah seorang hamba bersifat sedemikian?
Ingatlah... dan sedarlah diri ini jua tidak terlepas dari berbuat dosa
lalu kepada siapa kita memohon keampunan? 
kita mengharapkan Allah mengampuni dosa kita lalu
Mengapa terlalu sukar memaafkan?

0 comments:

Post a Comment

ce komen ce komen cikittt :3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A