Thursday, 9 May 2013

shopping #part 1

semalam keluar nak survey handset, jadi alang alang tuh ayah aku suruh habeskan baki baucer buku yang tinggal iaitu rm50, banyak ke tak banyak tuh? rasanya jumlahnya sangat banyak di mata budak hingusan macam aku ni
 
rasa macam nak buat expression muka macam ni je bila rm50 kat tangan bhahaha  
(auta semata mata) 

jadi bila da spend ini je lah hasil yang dapat
pencil case yang kiut miut mcam tuan dia (haktuii), buku ilmiah 101 hadis pengubatan Rasulullah yang direkemenkan oleh ayah aku dan i loike it!! so much ~,  buku mr midnight yang dibeli hanya untuk membajetkan diri memahami bahasa inggeris, pensel tekan pilot yang sangat mahal tapi bila dipandang agak segak juga rupanya dan set pensel tekan murah stabilo adik aku punya kui3 (sibuk je budak ni)

jadi rumusannya aku sangat berpuas hati sebab da lama nak barang tu semua hoyyyy..
pencil case yang dulu pun da koyak rabak dek kerana suka menyumbat barang sehingga menjadi kembung jadi eloklah ditukar baru supaya nampak lebih cun dan anggun (apakah?), mak aku kata pencil case ni macam budak budak.. eh mak, oh ofkos la! memang macam budak budak pun.. walaupun hakikatnya nini sedar diri ni sudah berumur 20 tahun tapi rasa macam masih 13 tahun kahkahkah! (ohpelisss perasan nak mam*) (haktuiii) (puiii), pensil tekan pulak beli sebab yang lama punya dah hilang entah ke mana, tak tahu la aku letak mana pensil tu sampai jauh dia merantau taknak balik balik! haduhai puas mencari.. boleh pulak di ambang final jadi pelupa.. oh well.. nak buat macam mana kalau dah banyak sangat ilmu di fikiran sampai hal remeh remeh ni tutup dua mata dahh hikhikhik (haktuiii).
Baki baucer ni  memang niat nak simpan nak beli dengan family bila balik seremban nanti, malas la beli kat kuantan, tak syiokkk la gua rasa.

Last sekali terima kasih PM.. walaupun saya di pihak pembangkang tetapi saya tetap berasa berterima kasih kerana niat baik hati anda untuk memberi baucer buku 1Malaysia walaupun sebenarnya saya tahu ia adalah gula gula dalam politik saya ini bukanlah seorang ulat buku tapi takpe la, secara tidak langsung dapat meringankan beban saya nak mengeluarkan duit beli buku, al maklom la barang sekarang agak mahal termasuk la buku, lebih lebih lagi buku undang undang, bila nak beli menyebabkan saya memikir sehingga seratus lima ratus kali nak beli ataupun tidak walaupun ianya adalah satu kewajipan dan keperluan bagi pelajar undang-undang dan akhirnya nak ke tak nak saya memang kena beli juga walaupun (cehhh berapa banyak kali punya walaupun laaa) blablabla eh panjang suda aku melalut ni, dah boleh nak buat surat luah perasaan cinta untuk PM tersayang bhahaha okokok.. stop sampai sini je la, nanti lebih lebih ada orang ceramah aku pulak kihkihkih.. assalamualaikum (:


2 comments:

Hafizah Alsa said...

hahaha,.. pembangkang ek? ala jgn risau nak. tu duit kita. hehe rakyat.

yeen miscelivious said...

apa yg diberi diambil balik T.T

Post a Comment

ce komen ce komen cikittt :3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A