Sunday, 20 October 2013

Hati Hati

Assalamualaikum wbt.. harini aku nak share tentang satu entry dari blogger seorang sahabat yang mana entry beliau menarik diri ini nak kongsi untuk mengisi kekosongan blog ini yang kurang entrynya dari segi ilmiah, semoga entry ini dapat dijadikan renungan buat kita bersama sebagai hamba Allah yang tidak lari dari kelalaian dunia, tujuannya bukan lah nak jadi ustazah ke apa walaupun diri ini in syaa Allah bakal menjadi ustazah hikhikhik amin.. tetapi hanyalah sebagai pedoman untuk kita saling ingat mengingati, bermuhasabah diri dan langkah untuk kita memperbaiki diri supaya menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah :D *eh skema gila ayat? bhahaha* jom layannn ~

TANDA-TANDA HATI KOTOR

1. gelisah walaupun tiada masalah
2. selalu berbangga diri sendiri
3. angkuh dengan memandang hina terhadap semua orang
4. sombong dan bongkak
5. selalu mengintai keaiban orang dan menyebarkannya
6. suka mengumpat dan membuka aib orang
7. gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya
8. lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang lain
9. suka menyakiti orang dengan sindiran
10. berlagak alim semata-mata untuk dipujji
11. menyampaikan ilmu dengan riak
12. menganggap diri lebih hebat daripada orang lain
13. berpakaian elok untuk dipuji
14. derhaka kepada kedua ibu bapa
15. talam dua muka, manis di hadapan jahat di belakang
16. suka memijak dengan kuasa yang ada
17. solat yang tidak boleh khusyuk
18. kagum dengan diri sendiri
19. selalu mencari salah orang
20. cinta kepada duniawi dan matearilistik
21. mudah bersangka buruk terhadap orang
22. membesar-besarkan hal yang remeh temeh
23. suka bergosip dan menabur fitnah
24. menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi

MENGUBAT HATI YANG KOTOR

1. dirikan solat lima waktu yang sempurna setelah berwuduk dengan sempurna setelah itu banyakkanlah berdoa "Ya Allah bersihkan lah hatiku ini"
2. berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW 100 kali sebelum tidur- mencetuskan ketenangan akal dan fikiran serta banyak membawa kebaikan
3. lakukan solat taubat - ini dapat menenangkan jiwa dan mencuci hati
4. membaca al-Quran - mencuci, menenangkan, menyembuh dan terapi terbaik dalam hidup, sekurang-kurangnya baca la surah al-ikhlas 3 kali
5. sentiasa bermaafan jika memerlukan
6. bisikan di dalam hati dan berfikiran positif-positif sahaja
7. berpuasa - ini dapat menahan dan mendidik untuk diri lebih tenang dan menghindari kejahatan
8. sentiasa ingat mati
9. kekalkan wudhuk
10. bersedah dan belanja orang makan
11. sentiasa menjaga makanan - halal dan suci serta tiada unsur syubhah kerana makanan membentuk hati kita
12. berkawan dengan ulama
13. berkawan dengan orang miskin - dapat menginsafi diri selalu
14. sentiasa berpesan-pesan - supaya menjadi orang yang lebih baik
15. menjaga pancaindera - elakkan mengumpat, fitnah, dan elakkan diri dari orang golongan ini

note : copy paste from blog sahabat ^^v

0 comments:

Post a Comment

ce komen ce komen cikittt :3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A